Saturday, April 28, 2018

MUQADDIMAH



Bunga kemboja, bunga sedap malam,
Indah di taman, mekar mewangi,
Selamat datang ke Laman BBM,
Komentar anda kami sanjungi.

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH 
DAN SALAM SEJAHTERA


Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ilmu pendidikan sentiasa berubah seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke 21 adalah merupakan kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada melium baru. Kursus Reka Bentuk Teknologi dan Pengajaran (ECS3143) ini merupakan pengenalan kepada teori dan amalan reka bentuk teknologi dan pengajaran dalam merancang dan melaksanakan pengajaran. dengan kerjasama pelajar kursus ECS3143: Reka Bentuk Teknologi dan Pengajaran serta dibantu oleh pensyarah subjek, maka blog ini dicipta sebagai pemudahcara dan rujukan bagi bakal para guru dalam melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) di dalam bilik darjah. Akhir kata, semoga laman ini dimanfaatkan oleh semua pihak khususnya para guru agar dapat melahirkan pelajar yang berilmu, berwawasan, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Semoga dilimpahkan ganjaran dan bekalan di akhirat kelak. 




Sekian, Terima kasih.

FADHIL MUHD LUQMAN BIN DAHLAN (4155001001)
Ketua Projek
ECS 3143 Reka Bentuk & Teknologi Pengajaran


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Kursus Reka Bentuk Pengajaran & Teknologi Pendidikan (ECS 3143) ini merupakan pengenalan kepada teori dan amalan rekabentukpengajaran dan teknologi dalam merancang dan melaksana pengajaran. Tumpuan diberikan kepada beberapa model reka bentuk pengajaran, prinsip-prinsip penerbitan bahan pengajaran pembelajaran yang merangkumi prinsip komunikasi visual dan peranan media pengajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga didedahkan kepada peranan sistem pengajaran-pembelajaran dan teknologi terkini. Di akhir kursus, pelajar dikehendaki mengaplikasi model reka bentuk pengajaran dalam pembinaan bahan dan perancangan pengajaran termasuk kriteria menilai peralatan dan perisian (bahan) pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kursus ini juga merupakan komponen teras bidang perguruan dan pelengkap kepada subjek pedagogi dan ini adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar sebelum menjalani latihan mengajar. Semoga penghasilan blog oleh pelajar pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL ini mampu memberi impak kepada bakal guru dalam menjalani sesi PdP dengan mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan Islam khasnya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar kursus ECS3143, sesi Februari 2018 yang bertungkus lumus menyediakan blog khas ini. Semoga dilimpahkan ganjaran dan bekalan diakhirat kelak. Terima kasih.


KHAIRUL ALRASHID BIN MOHD NAWI

M.ED (InstructionalTechnology)(IIUM),DIP EDU (IIUM),

B.FF (Fiqh Fatwa Honours)(USIM), DIP. Islamic Studies (Syariah),(KUSZA)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





.:: A GREAT TEACHER TAKES A HAND,
OPENS A MIND, AND TOUCHES A HEART ::.





No comments:

Post a Comment